Jenaka Forex

AS dilihat akan mengenakan sekatan ke atas China berikutan undang-undang Hong Kong
AS dilihat akan mengenakan sekatan ke atas China berikutan undang-undang Hong Kong

Hubungan damai antara AS dan China tidak bertahan lama. Kedua-dua negara sekali lagi berselisih ekoran daripada China telah meluluskan draf keputusan untuk mengenakan undang-undang keselamatan negara di Hong Kong. AS telah menuduh Beijing melanggar dasar yang memberikan Hong Kong tahap autonomi yang besar. Penasihat Keselamatan Negara Robert O'Brien memberi amaran bahawa sekiranya China melalui undang-undang keselamatan negara yang dalam kontroversi, AS akan meningglkan Hong Kong susulan daripada autonomi.

Undang-undang yang diusulkan oleh China merangkumi ketetapan mengenai keamanan kebangsaan Hong Kong. Washington memberi amaran bahawa akan berlaku akibat yang serius jika China menggubal undang-undang baru itu. O'Brien menyatakan bahawa jika China melanggar Akta Dasar Hong Kong 1992 dan Undang-Undang Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong tahun 2019, AS tidak akan mengesahkan Hong Kong sebagai wilayah bebas dan menjatuhkan sekatan ke atas Taiwan dan China.

Pada 22 Mei, AS mengkritik undang-undang itu, menyebutnya sebagai tidak berasas dan satu bencana. Selain itu, Donald Trump kembali memperhebatkan retorik anti-China. Beliau menekankan bahawa pengenalan undang-undang itu akan merosakkan serta menjejaskan hubungan perdagangan antara Washington dan Beijing.

AS juga menekankan bahawa undang-undang baru itu akan membatalkan prinsip "satu negara, dua sistem" yang membolehkan Hong Kong sebagai hab kewangan global berkembang sejak penyerahan Britain pada tahun 1997 kepada China. Selain itu, banyak syarikat global cenderung meninggalkan pasaran kewangan Hong Kong sebagai tindak balas terhadap undang-undang keselamatan.

Syarikat-syarikat multinasional memilih Hong Kong kerana terdapat peraturan undang-undang di sana serta sistem perusahaan bebas, dan kebebasan demokratik. "Sekiranya semua perkara itu hilang, saya tidak pasti bagaimana komuniti kewangan dapat kekal berada di sana," O'Brien menegaskan.

Namun, pihak berkuasa China tidak mengendahkan tuntutan AS. Mereka yakin bahawa AS hanya berusaha untuk menyalahtafsirkan keseluruhan keadaan. Pada hari Isnin, 25 Mei, China memberi amaran mengenai tindakan balas terhadap Amerika Syarikat. China kemungkinan akan menjatuhkan sekatan sekiranya AS terus campur tangan dalam dasar domestik mereka.

Terbitkan: 2020-05-26 21:53:48 UTC
Kembali kepada karikatur
Kongsi

Memulakan perdagangan
tanpa risiko dan pelaburan
Dengan Bonus Permulaan baru $1000
Dapatkan bonus
55%
dari InstaForex
bagi setiap pendepositan
Dapatkan sehingga
$50000
untuk merujuk rakan untuk mendapatkan Bonus Permulaan dari InstaForex
Tiada pelaburan diperlukan!