Jenaka Forex

AS berkemungkinan akan menamatkan hubungan dengan China
AS berkemungkinan akan menamatkan hubungan dengan China

AS merancang untuk menghukum China susulan daripada pandemik coronavirus dengan mengenakan sekatan baru yang kemungkinan akan dipersetujui oleh kebanyakan negara. Sebenarnya, EU dan AS menyalahkan China ekoran daripada penyakit itu merebak. Manakala EU masih lagi belum membuat sebarang keputusan apa yang perlu dilakukan, Presiden Amerika Syarikat bercadang untuk menuntut pampasan kewangan daripada China kerana menyembunyikan maklumat penting tentang COVID-19. Sebaliknya, AS merancang untuk melaksanakan langkah-langkah yang lebih radikal kerana ia adalah masalah yang sangat penting. "Terdapat banyak perkara yang dapat kita lakukan. Kita boleh menamatkan secara keseluruhan hubungan dengan mereka," kata Trump. Beliau juga menambahkan bahawa wang, hubungan perdagangan, dan projek bersama adalah tidak bernilai jika dibandingkan dengan keselamatan warga Amerika. Tidak dinafikan, kebanyakan negara menyokong pendekatan AS itu. Namun, tidak seperti AS, tidak semua negara memiliki kesempatan untuk bersikap dari kedudukan berkuasa. Sebagai contoh, dana persaraan utama kerajaan persekutuan AS telah menghentikan rancangan untuk mengalihkan sebahagian pelaburan mereka ke syarikat China. Selain itu, Donald Trump mengatakan bahawa AS boleh mengambil langkah yang luar biasa untuk mengakhiri hubungan negara itu dengan China dalam tempoh masa terdekat. "Anda akan menjimatkan sejumlah AS$ 500 bilion jika anda memutuskan keseluruhan hubungan," tambah Trump.

Terbitkan: 2020-05-22 14:13:08 UTC
Kembali kepada karikatur
Kongsi

Memulakan perdagangan
tanpa risiko dan pelaburan
Dengan Bonus Permulaan baru $1000
Dapatkan bonus
55%
dari InstaForex
bagi setiap pendepositan
Dapatkan sehingga
$50000
untuk merujuk rakan untuk mendapatkan Bonus Permulaan dari InstaForex
Tiada pelaburan diperlukan!