Money Flow Index - MFI

Penunjuk teknikal Money Flow Index, MFI menunjukkan keamatan pelaburan wang ke dalam kesematan.Pembinaan dan pentafsiran bersamaan dengan Relative Strength Index, perbezaan hanya pada MFI yang mengambil kira jumlah.

Untuk menganalisa Money Flow Index sila ingati perkara berikut:

Pencapahan di antara penunjuk dan pergerakan harga. Jika harga berkembang dan Money Flow Index jatuh(atau sebaliknya) terdapat kebarangkalian harga akan berpusing;

Money Flow Index yang bernilai atas 80 dan di bawah 20 memberi amaran mengenai potensi pasaran atas dan bawah.

Pengiraan

Pengiraan Money Flow Index termasuklah beberapa peringkat. Pertama sekali mendefinasikan tempoh harga tipikal (TP) of.

TP = (HIGH + LOW + CLOSE)/3

Kemudian mengira jumlah Money Flow (MF):

MF = TP * VOLUME

Jika harga tipikal hari ini lebih besar daripada harga TP semalam, pengaliran wang dikira positif. Jika harga tipikal hari ini lebih kecil daripada harga TP semalam, pengaliran wang dikira negatif.

Pengaliran wang yang positif adalah jumlah pengaliran wang yang positif untuk tempoh masa yang ditetapkan. Pengaliran wang yang negatif adalah jumlah pengaliran wang yang negatif untuk tempoh masa yang ditetapkan.

Kemudian kira nisbah wang (MR) dengan membahagikan pengaliran wang yang positif dengan pengaliran wang yang negatif:

MR = Positive Money Flow (PMF)/Negative Money Flow (NMF)

Dan akhirnya, kira money flow index menggunakan nisbah wang:

MFI = 100 - (100 / (1 + MR))

Back list of indicators

Last news and analytics:
Forex Analytics
Forex TV
Forex Calendar