On Balance Volume - OBV

Penunjuk teknikal Balance Volume (OBV) merupakan penunjuk teknikal momentum yang berkaitan dengan jumlah perubahan harga. Penunjuk ini telah diperkenalkan oleh Joseph Granville, OBV diambil kira menjadi penunjuk yang amat mudah. Jika harga tutup bar semasa adalah lebih tinggi daripada harga tutup yang lepas,jumlah bar semasa ditambah ke jumlah OBV yang lepas;jika harga tutup bar semasa lebih rendah daripada harga tutup terdahulu,jumlah semasa ditolak dari jumlah baki terdahulu.

Analisa On Balance Volume adalah berdasarkan prinsip OBV berubah berdasarkan perubahan harga yang lepas. Mengikut prinsip ini peningkatan jumlah baki menandakan yang golongan profesional melabur ke daam instrument ini. Apabila audien yang ramai melaburkan dana, On Balance Volume mula berkembang pesat.

Jika harga mendahului pergerakan OBV, "non-confirmation" telah terjadi. Non-confirmations boleh terjadi pada atas pasaran yang (apabila harga meningkat tanpa OBV berkembang atau mendahuluinya) atau paling bawah pada pasaran yang sedang menurun (apabila harga mula jatuh dan On Balance Volume tidak berkurang atau mendahuluinya).

OBV pada trend menaik adalah apabila setiap kemuncak yang baru adalah lebih tinggi daripada yang terdahulu dan setiap jurang yang baru adalah lebih rendah daripada yang terdahulu. Seperti juga, trend jatuh OBV sepatutnya Berjaya mengurangkan kemuncak dan jurang. Apabila OBV bergerak ke arah sebelah dan tidak membuat tinggi dan rendah dengan berjaya,ia merupakan penunjuk yang trend tidak dapat dipastikan.

Jika trend berhenti, ia akan kekal di posisi yang sama sehinggalah putus. Trend pemutusan boleh terjadi dalam dua kes:apabila trend berubah dari trend menaik ke trend menurun atau berlawanan: dari trend menurun ke trend menaik.

Dalam kes kedua, OBV menjadi tidak jelas dan kekal tidak jelas untuk lebih dari 3 tempoh. Jadi, jika perubahan ke atas ke keadaan yang tidak jelas dan kekal tidak jelas untuk dua hari dan kembali semula ke trend menaik, On Balance Volume diambil kira menjadi trend ke atas untuk tempoh ini.

Apabila trend OBV mengubah arah ke trend peningkatan atau penurunan , "breakout" terjadi. OBV breakouts biasanya member amaran mengenai pemecahan harga dan pelabur memegang posisi yang lama jika OBV membuat pemecahan harga ke arah atas dan jual dalam BVI pecah kea rah bawah. Posisi buka patut dipegang sehinggalah trend berubah.

Pengiraan

Jika penutupan hari ini lebih besar dari semalam: OBV(i) = OBV(i-1)+VOLUME(i)
Jika penutupan hari ini lebih kecil dari semalam: OBV(i) = OBV(i-1)-VOLUME(i)
Jika penutupan hari ini adalah sama dengan semalam: OBV(i) = OBV(i-1)
Di mana:
OBV(i) – penunjuk nilai tempoh semasa;
OBV(i-1) - penunjuk nilai tempoh terdahulu;
VOLUME(i) – jumlah bar semasa.

Back list of indicators

Last news and analytics:
Forex Analytics
Forex TV
Forex Calendar