logo

FX.co ★ IMF memuji Rusia untuk langkah-langkah anti-krisis yang bijak

IMF memuji Rusia untuk langkah-langkah anti-krisis yang bijak

IMF memuji Rusia untuk langkah-langkah anti-krisis yang bijak

Rusia berhak mendapat pujian yang tinggi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Pengarah urusan IMF, Christine Lagarde memberikan komen positif mengenai langkah-langkah ekonomi yang cekap yang diambil oleh kerajaan Rusia untuk mengatasi kesan selepas kemelesetan.

Ekonomi Rusia mengalami kemelesetan ekoran keadaan global yang tidak menentu seperti sekatan Barat, akses yang terhad kepada pasaran modal antarabangsa, dan juga kemerosotan harga minyak. Meskipun berdepan dengan keadaan ekonomi yang sukar, Rusia berjaya menunjukkan kemampuan mereka untuk bertahan. Akhirnya, sejak awal 2017, ekonomi Rusia terus mendapat dorongan. "Respon yang ditunjukkan oleh ekonomi Rusia adalah sangat menyeluruh. Mereka mengambil langkah-langkah fiskal yang betul. Mereka berjaya mengawal inflasi. Mereka turut melaksanakan dasar kewangan yang sangat baik, termasuk mengapungkan nilai mata wang, memastikan sektor kewangan yang stabil", ini adalah bersesuaian dengan laporan terakhir yang diambil dari World Economic Outlook IMF. Pakar-pakar IMF mengatakan bahawa ekonomi Rusia diterbalikkan daripada penguncupan KDNK kepada pertumbuhan ekonomi. Ini adalah disebabkan oleh respon profesional dan segera dari pihak berkuasa terhadap keadaan negatif. Untuk mengesahkan penilaian yang tinggi, IMF menaik taraf unjuran KDNK Rusia untuk kedua-dua tahun, 2017 dan 2018 kepada 1.4%. Dalam ramalan sebelum ini, mereka mengunjurkan KDNK akan berkembang sebanyak 1.1% pada tahun 2017 dan 1.2% pada tahun 2018.

Adalah perlu diingatkan bahawa ekonomi Rusia begitu terdedah kepada tekanan luar pada tahun 2014 apabila minyak mentah menjunam dengan ketara lebih daripada $100 kepada $27 setong. Minyak adalah komoditi eksport utama Rusia. Oleh itu, ruble Rusia susut hampir 50% berikutan kejatuhan harga minyak.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan