logo

FX.co ★ Ant Financial China akan membeli MoneyGram yang bernilai $1.2 bilion

Ant Financial China akan membeli MoneyGram yang bernilai $1.2 bilion

Ant Financial China akan membeli MoneyGram yang bernilai $1.2 bilion

Ant Financial China, afiliasi kewangan Alibaba Group Holding Ltd, menaikkan penawarannya untuk mengambil alih syarikat pembayaran elektronik Amerika Syarikat (AS), MoneyGram kepada $1.2 bilion berbanding $800 yang ditawarkan sebelum ini.

Oleh itu, Ant Financial telah menaikkan tawaran kepada $18 sesaham secara tunai. Harga penutup Jumaat untuk MoneyGram adalah $16.51.

Tawaran baru tersebut telah mengatasi penawaran dari Euronet dengan $15.20 sesaham. Sementara itu, kedua-dua pembeli bersedia untuk mengambil alih hutang MoneyGram yang dianggarkan mencecah $940 juta.

Ant Financial merancang untuk memperluaskan pengaruhnya di peringkat global dengan pengambilalihan syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan mendapat akses kepada pelanggan di luar China.

Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa Jawatankuasa Pelaburan Asing Amerika Syarikat (CFIUS) akan menolak tawaran kerana perjanjian tersebut boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan negara.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan