logo

FX.co ★ Keputusan referendum Turki dorong kenaikkan lira

Keputusan referendum Turki dorong kenaikkan lira

Keputusan referendum Turki dorong kenaikkan lira

Pada Isnin, lira Turki melonjak selepas Presiden Turki, Erdogan memenangi referendum penting yang akan memperluaskan kuasanya. Majoriti pengundi telah memihak kepada perubahan perlembagaan. Fakta ini merangsang mata wang lira Turki untuk diniagakan lebih tinggi. Pada 2017, mata wang Turki adalah di antara mata wang pasaran baru muncul dengan prestasi paling teruk.

Pada minit pertama dagangan, lira meningkat sebanyak 2.5% kepada 3.6188 berbanding dolar, menandakan paras tertinggi sejak 30 Januari.

Penyokong pindaan perlembagaan meraih 51.37% pungutan suara. Pungutan suara 'Ya' akan membolehkan Erdogan untuk kekal dalam jawatan sehingga 2029. Sementara itu, pihak lawan hanya meraih sebanyak 48.7% undian.

Pindaan Perlembagaan itu akan memberi kuasa kepada presiden untuk mengisytiharkan darurat, melantik menteri, mengeluarkan dekri eksekutif, dan melantik hakim-hakim dan membubarkan Parlimen.

"Kami menjangkakan aset-aset Turki akan melonjak naik ekoran ketidakpastian yang besar berkaitan dengan undian 'Tidak' yang telah dielakkan," menurut ahli ekonomi pasaran baru muncul di Commerzbank AG, Tatha Ghose. Beliau percaya lira akan naik kurang daripada 3.60 per dolar dalam tempoh terdekat.

Namun "pergerakkan tersebut berkemungkinan tidak bertahan lama. Pasaran mungkin untuk mengalihkan tumpuan mereka kembali ke cabaran politik Turki yang lebih besar - hubungannya dengan Amerika Syarikat dan Rusia, cabaran di sempadan Kurdish, dan hubungannya dengan Kesatuan Eropah, "katanya.

Dalam ucapan kemenangan beliau, Erdogan berkata beliau akan mengadakan referendum mengenai penerapan semula hukuman mati dan juga akan mengkaji semula hubungan negara dengan Eropah.

Parlimen Eropah menggesa pihak kerajaan untuk membekukan keanggotaan Turki dalam EU sekiranya pakej pindaan perlembagaan akan diguna pakai dalam bentuk sekarang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan