logo

FX.co ★ Pengukuhan Dolar AS Telah Menyebabkan Nilai Emas Merosot

Pengukuhan Dolar AS Telah Menyebabkan Nilai Emas Merosot

Pengukuhan Dolar AS Telah Menyebabkan Nilai Emas Merosot

Susulan kenaikkan dolar Amerika Syarikat (AS) yang stabil, emas secara beransur-ansur diniagakan lebih rendah. Logam ini jatuh sebagaimana dolar AS mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain. Pada awal Februari, emas mencecah paras tertinggi dua bulan baru pada harga $1,225.30 per auns troy, walau bagaimanapun beberapa hari kemudiannya harga telah menjunam lebih rendah.

Para pelabur telah memantau dengan teliti langkah-langkah awal Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dan pengaruh keputusan beliau pada mata wang AS. Oleh yang demikian, keputusan Trump dan pengukuhan nilai mata wang dolar AS telah menyebabkan emas susut $6.9 dan diniagakan pada $1,212.5 per auns troy. Selain itu, harga emas bergantung kepada keadaan pasaran buruh AS, dalam senarai gaji bukan perladagangan. Menurut laporan bagi bulan Januari, pasaran pekerjaan menunjukkan trend menaik. Walau bagaimanapun, purata jangka panjang pertumbuhan pekerjaan tidak mencukupi untuk memastikan kenaikan gaji yang ketara. Penganalisis menjangkakan kadar pekerjaan akan merosot apabila ekonomi menghampiri guna tenaga penuh. Sesetengah pakar beranggapan bahawa emas akan kekal dalam pasaran menaik untuk tempoh yang agak laman sekiranya ekonomi AS menambah lebih banyak peluang pekerjaan baru secara tetap sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Donald Trump dalam ikrar kempennya.

Sementara itu, para pelabur menjangkakan perubahan dalam pasaran buruh AS. Pada masa ini, India dilihat sebagai pasaran jualan di mana permintaan untuk emas masih meningkat. Barang kemas domestik masih membeli logam berharga dalam jumlah besar selepas kerajaan mengekalkan levi import ke atas emas tidak berubah bagi tahun fiskal akan datang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan