logo

FX.co ★ Kadar Mata Wang Euro dan Dolar terhadap Ruble Mencecah Paras Terendah Baru Sejak Musim Panas 2015

Kadar Mata Wang Euro dan Dolar terhadap Ruble Mencecah Paras Terendah Baru Sejak Musim Panas 2015

Kadar Mata Wang Euro dan Dolar terhadap Ruble Mencecah Paras Terendah Baru Sejak Musim Panas 2015

Menurut data yang disediakan oleh Moscow Exchange, kadar pertukaran bagi mata wang euro dan dolar AS telah mencapai paras terendah baru sejak Julai 2015. Pada 10 Februari, mata wang AS susut ke paras 58.52 dan euro diniagakan pada paras 62.65 Rubles pada 16:00 UTC + 3.

Mata wang Rusia mengukuh dalam keadaan harga minyak yang semakin meningkat. Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan pada kadar $56.69 setong.

Harga minyak telah melonjak lebih tinggi dengan kenaikkan lebih daripada satu dolar AS sewaktu laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA). Ia melaporkan mengenai penggenapan perjanjian global pada pemotongan jumlah pengeluaran minyak mentah. Menurut perjanjian itu, kartel minyak Opec telah mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak juta tong sehari.

Pada 9 Februari lalu, ketua Bank Negara Rusia, Elvira Nabiullina berkata bahawa kerajaan Rusia akan terus melaksanakan dasar apungan bebas pada ruble. Sementara itu, beliau enggan untuk mempertimbangkan campur tangan mata wang, yang bermula dua hari sebelum itu, sebagai usaha untuk mempengaruhi harga ruble.

Kementerian Kewangan Persekutuan Rusia dan Bank Negara Rusia akan membeli mata wang asing pasaran dalaman sebanyak 113.1 bilion Rubles sehingga 7 Mac. Jumlah campur tangan itu bergantung kepada pendapatan daripada jualan minyak. Tujuan utama pembelian dan penjualan mata wang asing adalah untuk mengurangkan pergantungan ruble pada turun naik harga minyak dan menjadikan ekonomi Rusia lebih stabil.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan