logo

FX.co ★ USD dan EUR jatuh sementara RUB meningkat

USD dan EUR jatuh sementara RUB meningkat

USD dan EUR jatuh sementara RUB meningkat

Kadar mata wang tunggal Eropah terhadap ruble Rusia perlahan-lahan menghampiri paras harga yang telah dicapai dua tahun lalu. Selama tiga hari pada bulan Februari, mata wang euro telah turun sebanyak 66 kopeks, mencecah paras 63.25 euro. Secara keseluruhannya, sejak awal tahun ini, ruble Rusia telah mengukuh sebanyak 2.8% berbanding euro.

Selain itu, dipenghujung tahun 2014, euro dinilaikan sama dengan 63 Rubles. Menurut pakar-pakar, tindakan berkesan dan langkah yang sesuai telah diambil oleh pihak berkuasa kewangan Rusia untuk menyokong nilai mata wang Rusia. Selain itu, dasar luar negara memainkan peranan penting dalam situasi ini. Paling penting, terdapat spekulasi bahawa Amerika Syarikat boleh membatalkan sekatan terhadap Persekutuan Rusia. Hubungan yang baik diantara Moscow dan Washington telah menyokong kenaikkan kadar pertukaran Rouble Rusia.

"Satu lagi faktor yang mendorong kenaikkan mata wang adalah pertumbuhan harga minyak. Ruble mengukuh ekoran kenaikan harga minyak, yang disokong oleh kuota OPEC, yang telah ditetapkan pada akhir 2016. Selain itu, kejayaan dasar kewangan dan kredit yang dijalankan oleh Bank Negara Rusia telah berjaya menarik tambahan pelaburan asing, yang menyumbang kepada kenaikkan ruble.

Jika trend ini berterusan, maka kita menjangkakan ruble Rusia akan diniagakan dalam julat 60-60.5 berbanding euro pada akhir tahun ini, "Ivan Manaenko, ketua jabatan penganalisis Veles Capital, memberitahu. Itulah sebabnya pakar-pakar mencadangkan ruble sebagai pilihan pelaburan yang terbaik bagi tahun 2017.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan