logo

FX.co ★ Sektor perkhidmatan AS meningkat ke paras tinggi 14 bulan pada Januari

Sektor perkhidmatan AS meningkat ke paras tinggi 14 bulan pada Januari

Sektor perkhidmatan AS meningkat ke paras tinggi 14 bulan pada Januari

Pertumbuhan sektor perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) mencecah ke paras tertinggi 14 bulan pada Januari. Markit berkata syarikat-syarikat perkhidmatan mencatatkan permulaan yang kukuh pada tahun 2017 dan mencapai pertumbuhan terpantas sejak 2015.

Indeks aktiviti perkhidmatan perniagaan Markit AS pelarasan bermusim akhir melonjak kepada 55.6 pada Januari, meningkat daripada 53.9, paras rendah tiga bulan pada Disember. Selain itu, bacaan terkini adalah jauh melebihi bacaan purata bagi suku keempat tahun 2016 (54.4).

Aktiviti meningkat pada kadar terpantas sejak November 2015, disokong oleh rangsangan dalam jualan runcit AS pada hasil berikutan peningkatan ekonomi secara keseluruhannya.

Sementara itu, indeks bukan perkilangan ISM AS susut kepada 56.5 pada Januari daripada rekod bacaan 56.6 pada Disember. Ahli-ahli ekonomi telah menjangkakan skor 57. Komponen pekerjaan meningkat 52.7 kepada 54.7.

Menurut Jabatan Buruh AS, ekonomi AS telah menambah 227 pekerjaan baru pada Januari, dengan kadar pengangguran meningkat kepada 4.8% daripada 4.7%.

Pada Disember, majikan AS telah menambah seramai 157,000 orang pekerja ke dalam tenaga buruh mereka. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS meningkat pada kadar tahunan 1.9% pada suku keempat tahun 2016.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan