logo

FX.co ★ Pemerintahan Amerika Syarikat menyalahkan Jerman kerana mengekploitasi kelemahan Euro

Pemerintahan Amerika Syarikat menyalahkan Jerman kerana mengekploitasi kelemahan Euro

Pemerintahan Amerika Syarikat menyalahkan Jerman kerana mengekploitasi kelemahan Euro

Di sebalik pertumbuhan perlahan ekonomi global, banyak negara sedang berusaha untuk melemahkan mata wang negara mereka dengan tujuan untuk menampung ekonomi mereka.

Di tengah-tengah persaingan sengit dalam pasaran jualan global, mata wang dengan nilai yang paling kurang akan menjadikan barangan eksport lebih murah bagi pembeli asing, sekali gus negara dengan mata wang lemah mendapat kelebihan dalam daya saing. Oleh itu, mata wang yang lemah meningkatkan jualan eksport. Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menuduh pengeksport utama dengan sengaja megurangkan nilai mata wang mereka keparas yang lebih rendah. Penasihat perdagangan kepada Presiden Amerika Syarikat, Peter Navarro menggelarkan Jerman sebagai "pengeksploitasi mata wang". Pegawai itu menyifatkan Jerman mengeksploitasi Amerika Syarikat dengan "terlalu mengurangkan nilai" mata wang. Peter Navarro dengan lantang menggambarkan mata wang Eropah sebagai "tersirat Deutsche Mark". Sebagai tindak balas bagi kenyataan tersebut, Canselor Jerman Angela Merkel berkata bahawa negara ini tidak mempunyai pengaruh ke atas kadar pertukaran Euro. Beliau juga menyatakan bahawa Bank Pusat Eropah mengamalkan dasar forex bebas seperti yang digunapakai Bundesbank untuk mengawal kadar tukaran mata wang asing daripada Deutsche Mark sebelum euro diperkenalkan. "Saya tidak mahu dan saya juga tidak boleh melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan," Angela Merkel memberitahu kepada pemberita.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan