logo

FX.co ★ Bank of England akan menaikkan unjuran pertumbuhan UK

Bank of England akan menaikkan unjuran pertumbuhan UK

Bank of England akan menaikkan unjuran pertumbuhan UK

Bank of England akan mengeluarkan laporannya ekonomi bulan hadapan. Gabenor Bank of England, Mark Carney mengisyaratkan bahawa bank berkemungkinan akan menaikkan ramalan pertumbuhan kerana data terbaru menunjukkan peningkatan ekonomi. Ini adalah kerana tindakan bank pusat UK yang membantu untuk menghindari krisis pasaran selepas referendum. Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa perjanjian peralihan untuk keluar dari EU masih berpotensi untuk menjejaskan beberapa tiitk lemah dalam ekonomi.

November lalu, Jawatankuasa Dasar Kewangan Bank of England menaikkan ramalan pertumbuhan selepas menurunkan unjuran tiga bulan sebelumnya.

Bank itu meramalkan ekonomi UK akan berkembang pada kadar 1.4% bagi tahun 2017. Anggaran untuk 2016 adalah pertumbuhan sebanyak 2.2%. Pada masa yang sama, Carney berkata undian Brexit itu akan mempengaruhi kadar pertumbuhan tahun ini.

Dalam pada itu, pound sterling yang melemah telah menyebabkan kenaikan inflasi. Menurut ahli ekonomi, langkah seterusnya yang akan di ambil oleh Bank of England adalah dengan menaikkan kadar. Harga pengguna dijangka meningkat ke tahap sasaran 2% pada suku tahunan akan datang. Menurut Carney, UK telah menyaksikan pertumbuhan yang ketara.

Para peniaga menjangkakan 25% kenaikkan pada akhir tahun 2017 berbanding dengan 20% pada awal tahun ini.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan