logo

FX.co ★ Mengapa pasaran minyak terlebih penawaran?

Mengapa pasaran minyak terlebih penawaran?

Mengapa pasaran minyak terlebih penawaran?

Sejak awal minggu ini, harga minyak mentah Brent telah turun hampir 6%. Pada Rabu, Brent diniagakan pada harga $53.7 setong. Oleh itu, mengapa pasaran minyak terus mengalami penurunan?

Sudah bukan rahsia lagi bahawa faktor wang memainkan peranan yang penting. Oleh yang demikian, sekiranya spekulasi kenaikkan harga tidak lagi menjadi daya tarik, para pelabur boleh memberikan apa-apa alasan untuk kejatuhan harga.

Walau bagaimanapun, maklumat mengenai penjualan agresif rizab minyak dari penyimpanan terapung seolah-olah benar. Ini adalah terutamanya disebabkan oleh komponen spekulatif.

Apabila harga minyak niaga hadapan adalah lebih tinggi daripada harga spot, peniaga besar menyewakan kapal tangki dan kemudian mengisi minyak ke dalamnya. Mereka menjual minyak niaga hadapan dan menghantar minyak dari kapal tangki.

Secara dasarnya, penyimpanan terapung adalah lebih murah daripada simpanan tanah. Potensi keuntungan adalah cukup menarik. Skim ini boleh gagal hanya sekiranya kos pajakan besar atau perbezaan harga yang lebih rendah di antara kontrak.

Sebagai contoh, perbezaan di antara minyal niaga hadapan dengan penghantaran dalam satu tahun dan harga spot pada akhir tahun 2016 adalah $4. Kini ia adalah kurang daripada $2. Ini bermakna bahawa perbezaan tidak membiayai kos penyimpanan peniaga.

Menurut pakar-pakar, akan terdapat lebih lebihan bekalan minyak dari penyimpanan terapung di pasaran.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan