logo

FX.co ★ Perlantikan Trump berkemungkinan akan menyebabkan kejatuhan Dow Jones

Perlantikan Trump berkemungkinan akan menyebabkan kejatuhan Dow Jones

Perlantikan Trump berkemungkinan akan menyebabkan kejatuhan Dow Jones

Para penganalisis di Northman Trader meramalkan penurunan dalam Dow Jones. Menurut mereka, purata perindustrian Dow Jones (DJIA) berkemungkianan akan jatuh beberapa mata peratusan selepas perlantikan rasmi Donald Trump.

Indeks Dow Jones adalah harga purata berwajaran untuk 30 saham AS yang ketara. Sejak hari pertama 2017, indeks telah meningkat. Walau bagaimanapun, pakar-pakar mendakwa ini adalah merupakan faktor sementara.

Northman Trader berkata permulaan awal 2017 yang positif adalah hasil daripada tahun sebelumnya apabila kebimbangan terhadap ekonomi China mencetuskan tekanan ke atas pasaran saham di seluruh dunia.

Kenaikan dolar dan saham-saham AS didorong oleh pilihan raya presiden Amerika Syarikat yang juga menyumbang kepada permulaan yang baik. S&P 500 meningkat sebanyak 0.8%, melonjak selepas mencatatkan penurunan selama tiga hari berturut-turut selepas pilihan raya. Hasilnya, S&P 500 mengakhiri 2016 dengan kenaikkan 9.5%. Indeks Dow Jones naik 132.18 mata, manakala Stoxx Europe 600 menokok 0.9%.

Indeks Dow Jones hampir mencecah paras harga psikologi penting 20.000 pada Jumaat. Penganalisis percaya indeks akan jatuh ke wilayah merah dalam jangka pendek.

data mengecewakan beberapa syarikat yang terdiri daripada indeks mengesahkan ramalan penganalisis. Oleh itu, kejatuhan saham Exxon Mobil dan Chevron menyumbang kepada kemerosotan Dow dari paras 20.000.

Selepas kemenangan Trump, indeks meninngkat hampir 9%. Para penganalisis dan pelabur menjangkakan turun naik akan meningkat, tetapi ia ternyata menjadi rendah.

Awal minggu ini, Dow Jones jatuh sebanyak 76 mata, atau 0.4%, ke paras 19.887. Sementara itu, S&P 500 jatuh sebanyak 0.4%. Ini adalah disebabkan oleh penurunan harga minyak dunia.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan