logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD Untuk 28 April , 2017

Analisis Teknikal NZD/USD Untuk 28 April , 2017

Analisis Teknikal NZD/USD Untuk 28 April , 2017

Pasangan mata wang NZD/USD dijangka akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah pada tahap rintangan utama di 0.6910. Walaupun pasangan mata wang tersebut melakukan pemulihan harga dari tahap 0.6845 (rendah 27 April), ia masih didagangkan di bawah penurunan moving average 50, yang memainkan peranan sebagai tahap rintangan. Potensi kenaikan harga harus dihadkan oleh rintangan utama di 0.6910. Walaupun kesinambungan lantunan teknikal tidak boleh diketepikan, pergerakan harga menjadi terhad.

Sebagai kesimpulan, di bawah tahap 0.6910,mencari kembali lantunan harga pada tahap 0.6845 dan 0.6810.

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6845. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6810. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6910. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama berada pada tahap 0.6940 dan sasaran kedua pada tahap 0.6970.

Tahap Rintangan: 0.6940, 0.6970, dan 0.7000

Tahap Sokongan: 0.6845, 0.6810, dan 0.6760

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan