logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD Untuk 29 Mac, 2017

Analisis Teknikal NZD/USD Untuk 29 Mac, 2017

Analisis Teknikal NZD/USD Untuk 29 Mac, 2017

Pasangan mata wang NZD/USD berada di bawah tekanan. Pasangan mata wang tersebut mencatatkan tahap yang lebih rendah dan bahagian bawah yang lebih rendah sejak 27 Mac ,dimana ia mengesahkan gambaran penurunan harga. Momentum ke bawah diperkukuh oleh penurunan moving average 20 dan 50. Indeks kekuatan relatif dihadkan oleh garis arah aliran menurun sejak 26 Mac.

Oleh itu, selagi tahap 0.7040 kekal dengan pergerakan menaik, mencari penurunan harga seterusnya ke tahap 0.6990 dan tahap 0.6975.

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6990. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6975. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7040. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama berada pada tahap 0.7055 dan sasaran kedua pada tahap 0.7070.

Tahap Rintangan: 0.7055, 0.7070, dan 0.7105

Tahap Sokongan: 0.6990, 0.6975, dan 0.6940

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan