logo

FX.co ★ Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan dagangan EUR/USD untuk 17 Januari , 2017

Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan dagangan EUR/USD untuk 17 Januari , 2017

Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan dagangan EUR/USD untuk 17 Januari , 2017

Pada Januari 2015, pasangan EUR/USD bergerak bawah tahap permintaan utama berhampiran 1.2100 dan 1.2000 dimana dasar bersejarah telah pun ditetapkan sebelumnya pada Julai 2012 dan Jun 2010.

Maka,sasaran penurunan jangka masa panjang diunjurkan ke arah 0.9450.

Pada Mac 2015, penurunan EUR/USD telah menguji tahap permintaan bulanan pada 1.0570 yang telah pun dicecah sebelumnya pada Ogos 1997.

Kemudian pada April 2015, pemulihan kenaikkan harga yang kuat diperhatikan sekitar tahap permintaan yang dinyatakan.

Walau bagaimanapun,graf bulanan seterusnya (September, Oktober dan November) menggambarkan penolakkan penurunan harga yang kuat sekitar 1.1400-1.1500.

Sekali lagi pada bulan Februari 2016,tahap harga yang ditunjukkan sekitar tahap 1.1400-1.1500 bertindak sebagai zon bekalan yang ketara ketika penarikkan semula kenaikkan harga.

Inilah sebab mengapa,penolakkan penurunan semasa dijangkakan sekitar tahap harga semasa (perhatikan graf lilin bulan Mei, Ogos dan oktober 2016).

Dalam jangka masa panjang, tahap 0.9450 akan mengekalkan sasaran penurunan harga yang dijangka jika graf lilin bulanan semasa untuk menutup di bawah tahap permintaan bulanan yang digambarkan daripada 1.0570.

Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan dagangan EUR/USD untuk 17 Januari , 2017

Prospek jangka panjang untuk pasangan mata wang EUR/USD kekal menurun sebagaimana yang ditunjukkan pada carta bulanan. Penetapan penurunan harga di bawah tahap 1.0825 diperlukan untuk meningkatkan senario penurunan harga ini.

Pada bulan September, pemulihan kenaikkan harga yang jelas dan pergerakan menaik sementara di atas 1.1250 telah dinyatakan sekali lagi, tetapi tekanan penurunan harga yang jelas dinyatakan oleh pasangan EUR/USD pada 16 September.

penutupan penurunan harga baru-baru ini di bawah 1.1250 (Tahap Bekalan -1) mengekalkan tekanan penurunan yang cukup dan mempertingkatkan momentum menurun ke arah 1.1000 (Tahap utama 1).

kegigihan penurunan harga di bawah tahap 1.0825 untuk meneruskan penurunan harga pada tahap 1.0570 (tahap permintaan) di mana penolakan kenaikan harga dan kemasukan BELI yang sah telah dinyatakan pada 24 November.

Tahap harga 1.0825 (Fibonacci Expansion 100%) terbentuk pada tahap bekalan baru-baru ini yang menawarkan kemasukan JUAL yang saha pada 8 Disember.

kegigihan penurunan harga di bawah tahap permintaan yang digambarkan sekitar 1.0570 membolehkan penurunan harga seterusnya. Sasaran penurunan harga pertama berada di sekitar 1.0220.

Perhatikan bahawa tahap harga 1.0600 merupakan tahap bekalan baru-baru ini untuk dilihat semasa penarikan semula kenaikan harga semasa di atas 1.0500.

Sebaliknya, kegigihan kenaikan harga di atas 1.0600 membolehkan pergerakan kenaikan harga ke arah 1.0825 (Fibonacci Expansion 100%) di mana penolakan penurunan harga perlu dijangkakan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan