logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EURJPY untuk 29 Julai, 2016.

Analisis Teknikal EURJPY untuk 29 Julai, 2016.

Analisis Teknikal EURJPY untuk 29 Julai, 2016.

Tinjauan teknikal dan persediaan carta:

Pasangan mata wang EURJPY jatuh di bawah tahap 114.50 dan mencapai tahap rendah baru pada 113.60 mengatasi jangkaan kami pada hari ini. Pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi stop loss yang diletakkan pada tahap 114.50 walau bagaimanapun struktur masih kekal membina corak kenaikan harga bagi membolehkan pasangan mata wang melonjak dari sini. Sila ambil perhatian bahawa pasangan mata wang kini sedang menguji tahap sokongan Fibonacci 0.618 pada aliran menaik masing-masing di antara tahap 111.00 dan 118.50. Pembalikan menaik dari tahap ini akan mengekalkan struktur kenaikkan harga dan membolehkan aliran menaik mendominasi pasaran buat masa sekarang. Sementara itu, penembusan harga di bawah tahap 113.40 akan menunjukkan aliran penurunan harga yang selanjutnya bagi pasangan mata wang ini. Ia adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memulakan kedudukan membeli dari sini dengan risiko ditetapkan di bawah 113.40. Sokongan serta-merta dilihat berada pada tahap 113.50, manakala rintangan pada tahap 117.00.

Cadangan Perdagangan:

Memulakan kedudukan membeli sekarang, Stop loss di bawah tahap 113.50, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan