logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 28 Julai, 2016

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 28 Julai, 2016

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 28 Julai, 2016

Gambaran Keseluruhan:

  • Pasangan mata wang NZD/USD kelihatan telah menembusi tahap rintangan 0.7076 yang telah bertukar menjadi sokongan yang kuat semalam. Tahap harga ini adalah bertepatan dengan 61.8% penarikan semula Fibonacci yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Tidak kurang pentingnya, RSI masih memberikan isyarat bahawa aliran harga adalah menaik, manakala purata pergerakkan (100) sedang menuju ke tahap lebih tinggi. Oleh itu, prospek kenaikan harga kekal sah selagi EMA 100 menuju ke arah aliran menaik. Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan akan bergerak di atas titik pangsi harian (0.7070) dalam beberapa minit yang akan datang. Pasangan mata wang NZD/USD akan menunjukkan kekuatan sebagaimana harga telah menembusi tahap tinggi 0.7075. Akibatnya, pasaran mungkin akan menunjukkan tanda-tanda aliran kenaikan harga. Dalam erti kata lain, tawaran membeli adalah disyorkan kepada para pedagang di atas tahap 0.7075 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7185. Kemudian, pasangan mata wang ini diramalkan akan memulakan pergerakan menaik ke arah tahap 0.7200 dan seterusnya ke tahap 0.7247. Tahap 0.7247 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat, dan'double top' telah ditetapkan pada harga yang sama (0.7247). Sebaliknya, sokongan kuat harian didapati terletak pada tahap 0.7000. Jika pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap 0.7000, maka pasaran diramal akan jatuh ke tahap 0.6923.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan