logo

FX.co ★ Gambaran makro global untuk 22/07/2016

Gambaran makro global untuk 22/07/2016

Gambaran makro global untuk 22/07/2016:

Selepas kenaikkan untuk tempoh dua bulan berturut-turut, jualan runcit British menurun dengan ketara pada bulan Jun. Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) mendedahkan pada hari semalam bahawa jualan runcit menurun 0.9% pada asas bulanan, manakala penganalisis pasaran menjangkakan penurunan sebanyak 0.4%. Pada asas tahunan, jualan runcit menurun 4.3% berbanding tahun sebelumnya, dan jumlah ini kelihatan lebih teruk lagi jika kita bandingkan bacaan 5.7% y/y pada bulan Mei. Ia jatuh lebih rendah berbanding jangkaan penganalisis yang mengunjurkan kenaikan 5.0%. Faktor utama di sebalik kemerosotan laporan jualan runcit Jun adalah penurunan dalam jualan kasut dan pakaian sebanyak 1.8% m/m dan 6.1% y/y. Kesimpulannya, pengguna British mungkin telah mengurangkan perbelanjaan selepas Brexit, dan ia berkemungkinan akan memberikan pengaruh yang buruk dalam laporan KDNK suku tahunan akan datang.

Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal pasangan mata wang GBP/USD pada carta harian. Rintangan penting yang terletak pada tahap 1.3537 tidak ditembusi oleh harga, dan pasaran kini dilihat telah jatuh ke dalam zon kesesakan di antara tahap harga ini dan sokongan teknikal pada tahap 1.3067. Aliran harga pada carta yang lebih besar kekal melemah, dan setakat ini masin belum ada sebarang isyarat perubahan arah aliran harga.

Gambaran makro global untuk 22/07/2016

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan