logo

FX.co ★ Analisis makro global untuk 29/06/2016

Analisis makro global untuk 29/06/2016

Analisis makro global untuk 29/06/2016:

Bacaan akhir untuk Keluaran Dalam Negara Kasar AS telah disemak semula dan meningkat pada suku pertama. KDNK Akhir bagi suku pertama merekodkan peningkatan sebanyak 1.1%, mengatasi anggaran 1.0%. Selain itu, bacaan ini adalah lebih kukuh berbanding bacaan KDNK awal yang merekodkan 0.8%. Walaupun semakan menaik adalah satu berita yang baik, namum laporan KDNK yang disemak semula menandakan keuntungan yang paling lemah dalam tempoh satu tahun. Ekonomi Amerika Syarikat mungkin berhadapan dengan kesukaran untuk meningkatkan KDNK semasa musim panas (suku ke-2). Kesimpulannya, FED tidak akan mempunyai data yang cukup baik untuk menyatakan satu lagi kenaikan kadar pada tahun ini.

Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal pasangan mata wang EUR/USD pada carta 4H. Selepas Brexit, tahap rendah 1.0911 masih menyediakan sokongan untuk kenaikan harga dan ia masih lagi belum ditembusi. Pasaran telah berdagang dalam kawasan kesesakan yang agak ketat di antara tahap 1.0970-1.1097 dan sehingga kini masih tidak ada bukti yang jelas untuk mana-mana kesinambungan aliran penurunan harga. Walau bagaimanapun, mana-mana aliran menaik perlu dihadkan oleh rintangan teknikal pada tahap 1.1180.

Analisis makro global untuk 29/06/2016

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan