logo

FX.co ★ Analisis harian pasangan mata wang utama untuk 28 Jun, 2016

Analisis harian pasangan mata wang utama untuk 28 Jun, 2016

EUR/USD: Pasangan ini dibuka dengan jurang yang kecil pada minggu ini dan hanya pergerakan turun naik pada hari Isnin, tanpa sebarang arah pergerakan. Tinjauan bagi pasangan adalah penurunan harga, dan pergerakan menurun boleh dilihat pada minggu ini, ini membolehkan harga mencapai garisan sokongan pada 1.0950 dan 1.0900.

Analisis harian pasangan mata wang utama untuk 28 Jun, 2016

USD/CHF: Pada hari Jumaat lepas, harga USD / CHF bergerak ke atas sebanyak 250 pips, sebelum diperbetulkan hanya 100 pips. Usaha kenaikkan harga dilihat semalam, dimana akan kekal pada kedudukan selagi EUR / USD menurun. Pergerakan di pasaran, Pada minggu ini sebahagian besarnya akan ditentukan oleh apa yang akan berlaku pada EUR / USD. Pergerakan ke arah bawah secara berterusan pada EUR / USD boleh menyebabkan kenaikan berterusan pada USD / CHF.

Analisis harian pasangan mata wang utama untuk 28 Jun, 2016

GBP/USD: Pada hari Jumaat 24 Jun, 2016, GBP/USD melakukan pergerakan menurun untuk tahun-tahun kebelakangan ini. harga menurun sebanyak 1700 pip, mencapai tahap rendah 1.3230. harga telah jauh ke bawah hampir 500 pips pada minggu ini, berikutan pasaran terbuka,ini menyebabkan jurang penurunan dalam kebanyakan kes. Tinjauan untuk GBP/USD adalah menurun, dan ini adalah benar untuk pasangan GBP lain. Harga boleh berubah ke arah bawah.

Analisis harian pasangan mata wang utama untuk 28 Jun, 2016

USD/JPY: Instrumen perdagangan mata wang menjadi mendatar pada hari Isnin, dalam konteks aliran menurun. pergerakan berlaku sebelum akhir minggu ini, yang mana akan membolehkan harga mencapai tahap permintaan pada 101.50 dan 100.50; kerana terdapat Corak Pengesahan penurunan harga yang kukuh pada carta.

Analisis harian pasangan mata wang utama untuk 28 Jun, 2016

EUR/JPY: Apa yang telah berlaku pada pasangan mata wang ini setakat ini adalah hampir sama dengan apa yang telah berlaku kepada USD/JPY. Terdapat Tinjauan penurunan harga yang perlahan di pasaran, dan ia adalah mungkin harga akan bergerak lebih jauh ke bawah, untuk menguji zon permintaan pada 111.50 dan 111.00.

Analisis harian pasangan mata wang utama untuk 28 Jun, 2016

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan