logo

FX.co ★ Gambaran makro global untuk 27/06/2016

Gambaran makro global untuk 27/06/2016

Gambaran makro global untuk 27/06/2016:

Jumaat lalu, laporan Pesanan Barangan Tahan Lama AS dan Teras Barangan Tahan Lama telah dikeluarkan, dan kedua-duanya gagal memenuhi jangkaan pasaran. Pesanan Barangan Tahan Lama menurun 2.2% pada bulan Mei, manakala ramalan mengunjurkan penurunan 0.5%. Pada masa yang sama, data pada April ini telah disemak dan ia mencatatkan penurunan daripada 3.4% kepada 3.3%, meningkatkan kesan negatif daripada data sebelumnya. Selain itu, laporan Teras Barangan Tahan Lama, yang tidak termasuk sektor pengangkutan, juga telah mengecewakan peserta pasaran, kerana ia meningkat lebih rendah daripada 0.5% kepada -0.3%, manakala ramalan telah mengujurkan pada tahap 0.1%. Sebab utama untuk hasil yang negatif adalah sektor pengangkutan yang menurun 5.6% pada bulan sebelumnya. Kesimpulannya, ini bukanlah gambaran baik yang dipamerkan oleh kedua-duanya laporan; Barangan Tahan Lama dan PMI Pembuatan terkini. Ia kelihatan seperti pesanan kilang bakal mencatatkan bacaan negatif dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Sekarang mari kita lihat pada gambaran teknikal Indeks Dollar AS pada carta harian. Kita dapat melihat bahawa selepas Brexit, kenaikan harga telah berjaya menembusi di atas rintangan utama pada tahap 95.97 dan membuat satu lagi corak harga tinggi yang lebih tinggi. Sasaran seterusnya untuk aliran menaik adalah ujia/penembusan harga pada garis arah aliran emas di sekitar tahap 98.00.

Gambaran makro global untuk 27/06/2016

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan