logo

FX.co ★ Gambaran makro global bagi 06/05/2016

Gambaran makro global bagi 06/05/2016

Gambaran makro global bagi 06/05/2016:

Didalam Kenyataan Dasar Kewangan, Rizab Bank Australia menyemak semula penurunan mendadak ramalan inflasinya selepas memotong kadar faedah beberapa hari awal disebabkan data inflasi suku pertama yang lemah.Data tersebut telah disemak daripada jangkaan bahawa inflasi asas akan kekal didalam kadar sasaran kepada 1-2% inflasi IHP asas untuk 2016dan 1.5-2.5% inflasi bagi keseluruhan tempoh ramalan. Ramalan baru ini adalah lebih rendah daripada unjuran sebelumnya,tetapi ramalan KDNK masih lagi didalam kadar 2.5-3.5% didalam jangka masa panjang.Secara kesimpulannya, penurunan mendadak dolar Australia terhadap beberapa tahun lepas dijangkakan untuk terus memberikan tekanan kenaikkan pada harga.

Mari kita lihat kepada gambaran teknikal AUD/USD didalam rangka masa harian.Pasaran sedang didagangkan pada sokongan teknikal pada tahap 0.7383 dan graf harian ditutup dibawahnya mungkin menjadi isyarat penurunan yang kuat.Selain itu,garisan coklat telah pun ditembusi.Fakta ini menyokong gambaran,bahawa penurunan ketika ini adalah terkawal pada pasaran ini.

Gambaran makro global bagi 06/05/2016

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan