logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 06 Mei, 2016

Analisis Teknikal Emas untuk 06 Mei, 2016

Emas menunjukkan tanda-tanda tahap rendah jangka pendek telah mengambil tempat dan, diikuti dengan pengumuman NFP pada hari ini, kita dapat melihat pembalikan harga yang mendadak dan harga telah didorong ke arah tahap $ 1,300 sekali lagi. Harga kini berada di atas tahap sokongan, dan sokongan ini akan dapat membantu aliran kenaikkan harga untuk menolak harga berdagang lebih tinggi.

Analisis Teknikal Emas untuk 06 Mei, 2016

Garis hitam - Sokongan rendah terdahulu

Garis biru - garis aliran sokongan

Emas masih didagangkan di atas Ichimoku cloud (Kumo), dan stokastik kini dilihat beralih ke arah atas daripada tahap terlebih jual. Kita dapat melihat penolakan harga yang seterusnya ke arah rintangan tahap $ 1,285 pada hari ini, dan jika tahap ini berjaya ditembusi, kita perlu menjangkakan tahap tinggi baru yang seterusnya.

Analisis Teknikal Emas untuk 06 Mei, 2016

Garis merah - garis aliran yang menyambungkan tahap tinggi sebelumnya dan kemungkinan sasaran tahap tinggi baru

Carta mingguan kekal positif sebagaimana harga kini sedang didagangkan di atas Tenkan-sen (garis indikator merah). Emas kini berada pada wilayah terlebih beli dan mencapah. Manakala RSI tidak mencapah. Tahap tinggi baru berhampiran pada tahap $ 1,325 berpotensi untuk menjadi apa yang kita perlukan untuk melihat perbezaan dalam RSI. Saya terus percaya bahawa hanya dagangan jangka pendek dan pedagang agresif sahaja yang perlu mengambil kira kedudukan membeli buat masa sekarang dengan mensasarkan harga ke tahap $ 1,285 dan kemudianya ke tahap $ 1,325. Jika tidak, saya lebih suka untuk kekal neutral dan menunggu sehingga harga ditarik semula lebih rendah ke arah tahap $ 1,150.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan