logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 03 Mei, 2016

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 03 Mei, 2016

Gambaran umum untuk 03/05/2016:

Pangsi mingguan pada tahap 122.97 telah terbukti menjadi amat sukar untuk ditembusi sehingga harga telah ditolak sebanyak dua kali. Walau bagaimanapun, prospek dagangan masih sama berdasarkan kepada perspektif gelombang Elliott: terdapat dua kemungkinan di sini. Perkiraan utama menunjukkan bahawa kitaran pembetulan mendatar (a)(b)(c) yang tidak teratur dengan kenaikkan (c) masih belum terlaksana. Kenaikkan (B) pada kitaran ini kini selesai dengan bahagian bawah pada tahap 121.68. Perkiraan alternatif, bagaimanapun, menunjukkan bahawa bahagian atas untuk gelombang B besar telah tersedia pada tahap 126.45 dan sejak itu struktur impulsif pada gelombang besar C mula membangun ke arah bawah. Gelombang 1 pada kitaran ini telah berakhir, dan pasaran kini perlu membangunkan kitaran pembetulan harga dalaman ke arah atas, mensasarkan pergerakkan ke tahap 122.97 dan jika harga berjaya menembusi, harga disasarkan akan bergerak ke tahap 124.30. Sila ambil perhatian bahawa perbezaan kenaikan harga yang semakin meningkat di antara harga dan momentum oscillator menyokong kedua-dua pandangan pada waktu analisis ini ditulis.

Sokongan/Rintangan:

119.54 - WS1

121.68 - Sokongan urusniaga harian

122.32 - Sokongan urusniaga harian

122.97 - Pangsi mingguan

122.95 - Rintangan urusniaga harian

124.30 - WR1

126.45 - Ayunan tahap tinggi

Cadangan perdagangan:

Tahap 122.32 telah ditembusi, tetapi sehingga kini aliran kenaikkan harga dilihat terlalu lemah untuk menolak harga bergerak lebih tinggi ke zon neutral. Kami masih kekal pada perdagangan terbuka dengan SL ditetapkan di bawah tahap 121.68 dan TP pada tahap 123.67.

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 03 Mei, 2016

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan