logo

FX.co ★ Gambaran makro global untuk 12/02/2016

Gambaran makro global untuk 12/02/2016

Gambaran makro global untuk 12/02/2016:

Pasaran minyak mentah menjadi sangat menentu semalam selepas menteri tenaga United Arab Emirates, Suhail bin Mohammed al-Mazrouei mengeluarkan kenytaan mengejutkan bahawa Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) kini bersedia untuk bekerjasama dalam pemotongan pengeluaran minyak mentah. Pasaran bertindak balas secara positif kepada khabar angin mengenai perjanjian kerjasama diantara Rusia dan OPEC, yang hanya akan mengecewakan apabila salah satu daripada pihak ini bertindak. Terdapat satu lagi khabar angin, yang mengatakan bahawa tujuan utama adalah satu usaha untuk memberhentikan sell-off di pasaran mentah. Kesimpulannya, pasaran minyak kini adalah sangat tidak menentu dan peserta pasaran boleh menjangkakan volatiliti yang lebih tinggi pada tahap harga semasa yang disebabkan oleh khabar angin atau maklumat yang belum disahkan.

Dari sudut pandangan teknikal, minyak mentah masih kelihatan melemah dalam jangka masa urusniaga harian, tetapi terdapat corak 'double bottom' pada carta 4H. Walau bagaimanapun, corak ini nampaknya tidak cukup kuat untuk menghentikan sell-off dan ia perlu diselesaikan dengan berhati-hati kerana aliran menurun masih mendominasi pasaran. Hanya penembusan harga yang berterusan di atas tahap rintangan 29.23 akan meletakkan aliran menaik kembali dalam kawalan, tetapi setakat ini tahap ini telah diuji dan ditolak. Aliran menurun masih berlangsung.

Gambaran makro global untuk 12/02/2016

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan