logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 12 Februari, 2016

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 12 Februari, 2016

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 12 Februari, 2016

Pasangan mata wang USD/JPY diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga tetapi para pedagang perlu lebih berhati-hati kerana pasangan mata wang ini telah melantun semula daripada tahap 110.98. Semalam, saham-saham AS terus menjunam walaupun mereka telah mengalami beberapa kerugian pada akhir sesi dagangan. saham kewangan menunjukkan kelemahan yang jelas. The Dow Jones Industrial Average jatuh 1.6% kepada 15.660, S&P 500 jatuh 1.2% kepada 1829, manakala Komposit Nasdaq susut 0.4% kepada 4266.

Minyak mentah Nymex menurun lagi 4.5% untuk ditutup pada tahap rendah 13 tahun pada harga $ 26.21 setong, emas melonjak 4.1% kepada $ 1,247 per auns, manakala petunjuk pasaran hasil Perbendaharaan 10 tahun ditutup pada 1.642%, berhampiran tahap rendah sejak Mei 2013, turun daripada 1.706% pada sesi dagangan sebelumnya.

Sementara itu, mata wang dolar AS kekal melanjutkan kelemahan berbanding yen dan euro, dengan kejatuhan pasangan mata wang USD/JPY 0.8% kepada 112.41 (tahap rendah pada 110.98) dan pasangan mata wang EUR/USD menokok 0.3% kepada 1.1321. Pada masa yang sama, perubahan urusniaga harian yang ketara telah diperhatikan sewaktu dagangan pasangan mata wang GBP/USD (-0.3% kepada 1.4475), AUD/USD (+ 0.2% kepada 0.7108) dan NZD/USD (+ 0.5% kepada 0.6715). Pasangan mata wang ini menjunam ke tahap rendah harian 110.98 semalam sebelum ia membuat pemulihan harga. Pada masa ini, pasangan mata wang sedang didagangkan di bawah rintangan utama pada tahap 113.10 dan di sekitar 'over lapping' purata pergerakkan tempoh 20 dan 50 (carta 30 minit). Manakala indeks kekuatan relatif urusniaga harian terletak di sekitar tahap neutral 50. Walaupun momentum penurunan harga adalah tidak kuat, pasangan mata wang ini berpotensi untuk menjadikan tindakan harga tidak menentu ketika ia sedang dihadkan oleh rintangan utama pada tahap 113.10. sasaran penurunan pertama ditetapkan pada tahap 111.00 (sekitar tahap rendah semalam).

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 111. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 110. Titik pangsi kekal berada pada tahap 113. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 114.20 dan sasaran kedua pada tahap 115.25.

Tahap Rintangan: 114.20, 115.25, 115.85

Tahap Sokongan: 111, 110.25, 109.65

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan