logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 12 Februari, 2016

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 12 Februari, 2016

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 12 Februari, 2016

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menurun apabila rintangan utama dilihat terletak pada tahap 164.35. Pasangan mata wang kini mencabar aliran menurun pada purata pergerakkan tempoh 50 dan kekal di bawah tekanan. Sementara itu, indeks kekuatan relatif tidak mempunyai momentum menaik. Sasaran pertama untuk aliran menurun telah ditetapkan pada tahap sokongan mendatar dan pertindihan harga pada tahap 160. Penembusan harga di bawah tahap ini akan membuka jalan untuk harga melanjutkanaliran penurunan harga menuju ke arah tahap 158.90.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 160. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 158.90. Titik pangsi kekal berada pada tahap 164.35. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 165.45 dan sasaran kedua pada tahap 166.45.

Tahap Rintangan: 165.45, 166.65, 167.45

Tahap Sokongan: 160, 158.90, 158

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan