logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 11 Februari, 2016

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 11 Februari, 2016

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 11 Februari, 2016

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan meneruskan pergerakan menurun. Semalam, saham AS telah mengaut keuntungan apabila harga ditutup rendah sebagaimana Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen memberitahu Kongres bahawa bank pusat tidak akan membalikkan program kenaikkan kadar bermula pada Disember sementara ia sedang memerhatikan perkembangan dalam pasaran kewangan global dengan teliti. Saham tenaga dan bahan menurun bersama-sama dengan harga minyak, manakala penjagaan kesihatan dan teknologi saham menunjukkan prestasi yang baik. The Dow Jones Industrial Average merosot 0.6% kepada 15.914, S&P 500 susut kurang daripada 1 mata kepada 1851, manakala Komposit Nasdaq meningkat 0.4% kepada 4283.

Minyak mentah Nymex melanjutkan kejatuhan sebanyak 1.8% kepada $ 27.45 setong, emas meningkat 0.7% kepada $ 1,197 per auns, manakala indikator petunjuk pasaran hasil Perbendaharaan 10 tahun terus menurun kepada 1.706% berbanding 1.728% pada sesi dagangan sebelumnya.

Sementara itu, kelemahan dolar AS yang selari dengan kenyataan Yellen telah mendorong para pedagang untuk beranggapan bahawa tidak akan ada kenaikan kadar pada bulan Mac. Pasangan mata wang USD/JPY jatuh 1.6% kepada 113.32, GBP/USD meningkat 0.3% kepada 1.4520, manakala pasangan mata wang EUR/USD kekal pada tahap 1.1289. Pasangan mata wang ini telah mengesahkan corak kesinambungan "segi tiga" penurunan harga sebelum memecut lebih rendah. Pada masa ini, harga sedang didagangkan berhampiran band Bollinger yang lebih rendah dengan sasaran penurunan pertama terletak pada tahap 111.00. Kekuatan indeks relatif urusniaga harian telah memasuki kawasan lebihan jualan di bawah tahap 30. Di bawah 111.00, sokongan akan ditemui pada tahap 110.25.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 111. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 110. Titik pangsi kekal berada pada tahap 113.10. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 114.20 dan sasaran kedua pada tahap 115.25.

Tahap Rintangan: 114.20, 115.25, 115.85

Tahap Sokongan: 111, 110.25, 109.65

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan