logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 30 November, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 30 November, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 30 November, 2015

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga. Indeks saham AS bercampur-campur pada sesi dagangan yang dipendekkan Jumaat lalu. Purata Perindustrian Dow Jones susut 0.1% kepada 17.798, S&P 500 meningkat 0.1% kepada 2.090, manakala Komposit Nasdaq meningkat sebanyak 0.2% kepada 5127. Minyak mentah Nymex merosot 3.1% kepada $ 41.71 setong, emas menurun sebanyak 1.3% kepada $ 1,057 per auns, dan penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun juga merekodkan penurunan kepada 2.213% berbanding 2.232% semasa sesi sebelumnya.

Mata wang olar AS terus melonjak naik apabila para pelabur kekal yakin bahawaRizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah pada bulan hadapan. Indeks Dollar The Wall Street Journal meningkat 0.3% kepada 90.81. Pasangan mata wang EUR/USD jatuh 0.2% kepada 1.0587, GBP/USD menurun 0.4% kepada 1.5033, manakala USD/CHF melonjak naik kepada 1.0330 sebelum ditutup 0.6% lebih tinggi pada tahap 1.0298, dan pasangan mata wang USD/CAD juga mencatatkan kenaikkan 0.6% kepada 1.3371. Pasangan mata wang ini kelihatan telah membuat lantunan semula harga selepas mencecah tahap rendah 122.27 Jumaat lalu. Pasangan mata wang kini sedang diniagakan di sekitar purata pergerakkan urusniaga harian tempoh 20 (carta 30 minit), yang kekal di atas MA tempoh 50. Sementara itu, Indeks kekuatan relatif kekal di atas tahap neutral 50, kami mendapati bahawa terdapat kekurangan pada jumlah momentum penurunan harga. Tinjauan urusniaga harian masih memihak kepada aliran menaik, dan sasaran kenaikkan harga yang pertama ditetapkan pada tahap 122.95 (sekitar tahap tinggi 25 November) dan yang kedua pada tahap 123.05. Penurunan harga ke arah tahap 122.25 (sekitar tahap rendah Jumaat).

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 122.95 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 123.05. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 122.25 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 122.00. Titik pangsi terletak pada tahap 122.50.

Tahap Rintangan: 122.95 123.05 123.50

Tahap Sokongan: 122.25 122 121.80

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan