logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 26 November, 2015

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 26 November, 2015

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 26 November, 2015

Gambaran Keseluruhan:

  • Pasangan mata wang GBP/USD berkemungkinan akan bergerak di antara tahap 1.5053 dan 1.5194, kerana aliran harga ini kelihatan telah pulih daripada tahap harga 1.5053/1.5060 semalam dan ditutup pada harga 1.5115 (ini menandakan bahawa julat dagangan melebihi 62 pips). Oleh itu, pasangan mata wang ini diramalkan akan bergerak lebih tinggi kerana arah aliran menaik masih kukuh daripada tahap 1.5053 dan 1.5100. Rintangan ditetapkan pada tahap 1.5225 yang bertepatan dengan nisbah 61.8% daripada tahap anjakan Fibonacci di dalam carta 1H. Oleh yang demikian, pasaran akan mula menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap 1.5100 sekali lagi, sebagaimana tahap 1.5100 akan bertindak sebagai sokongan kecil pada hari ini. Oleh itu, ia akan menjadi satu idea yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap ini pada hari ini dengan sasaran pertama terletak pada tahap 1.5161 untuk menguji titik pangsi harian dan kemudianyamelanjutkan aliran menaik sehingga mencecah ke tahap 1.5194 dan 1.5225. Selain itu, sekiranya aliran harga ini berjaya untuk menutup di bawah tahap 1.5100 di dalam carta 4H, kemudian pasaran akan membangun dalam arah aliran menurun di bawah tahap sokongan setiap hari ke arah tahap 1.5053 dan 1.5012. Walau bagaimanapun, stop loss perlu diletakkan di bawah tahap 1.5005.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan