logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 November, 2015

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 November, 2015

EUR/USD: Instrumen perdagangan mata wang ini tidak menunjukkan sebarang pergerakan yang ketara pada hari Selasa, walau bagaimanapun kecenderungan harga bagi pasangan mata wang ini kekal menurun. Terdapat kebarangkalian bahawa harga akan terus jatuh ke tahap yang lebih rendah lagi; dan terdapat juga kemungkinan bahawa harga akan naik dengan mendadak. Pada minggu ini, kita akan menyaksikan kemungkinan-kemungkinan ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 November, 2015

USD/CHF: Selepas menguji rintangan yang terletak pada tahap 1.0200, pasangan mata wang ini telah jatuh sedikit mencecah tahap sokongan pada 1.0150. Kecenderungan kenaikan harga masih kekal sah dan harga diramalkan akan kekal mengukuh selagi harga didagangkan di atas tahap sokongan 1.005. Hanya tekanan jualan yang sangat kuat diperlukan untuk mendorong harga berdagang di bawah tahap sokongan - sesuatu yang pada masa ini tidak wujud dalam pasaran.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 November, 2015

GBP/USD: Sehingga minggu ini, pasangan mata wang GBP/USD telah jatuh sebanyak 120 pip hampir menguji kawasan pengumpulan yang terletak pada tahap 1.5050. Oleh kerana tekanan jualan di pasaran masih wujud, terdapat kemungkinan bahawa kawasan pengumpulan akan ditembusi untuk aliran menurun. Kelemahan pada mata wang GBP juga diperhatikan, beberapa pasangan GBP telah membuat pergerakan lebih besar.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 November, 2015

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY telah menyatakan isyarat menjual. Terdapat Corak Pengesahan penurunan harga di dalam carta sebagaimana harga bergerak di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 bergerak di bawah tahap 50. Tahap permintaan 122.00 berkemungkinan akan diuji dengan mudah.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 November, 2015

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini masih menunjukkan kesediaan untuk terus berada dalam aliran menurun selari dengan kecenderungan yang masih terdapat di dalam pasaran. Corak Pengesahan penurunan harga di dalam carta adalah sangat jelas dan kelemahan dalam pasaran akan berterusan selagi mata wang euro melemah berbanding yen.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 25 November, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan