logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 12 Oktober, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 12 Oktober, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 12 Oktober, 2015

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan melanjutkan kesinambungan aliran menaik yang lebih tinggi. Pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi di atas rintangan sebelum ini pada tahap 183.85 (yang sepatutnya bertindak sebagai tahap sokongan utama pada masa ini), dan melonjak ke tahap yang lebih tinggi. Sementara itu, kenaikkan MA tempoh 20 50 telah mengekalkan kecenderungan aliran menaik. RSI urusniaga harian adalah di atas paras neutral 50 dan momentum penurunan harga didapati telah berkurangan. Selagi tahap 183.85 mengukuh pada aliran menurun, perhatikan pergerakkan kenaikkan harga yang selanjutnya ke tahap 184.85 dan juga ke tahap 185.40.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 184.85 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 185.40. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 183.30 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 182.70. Titik pangsi terletak pada tahap 183.85.

Tahap Rintangan: 184.85 185.40 186

Tahap Sokongan: 183.30 183.70 182.70

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan