logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 06 Oktober, 2015

Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 06 Oktober, 2015

Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 06 Oktober, 2015

Rumusan Teknikal:

Pada hari semalam, harga dilihat telah menembusi di atas tahap 135.10 dan ini menandakan bahawa gelombang 2 berakhir pada tahap 132.23 dan gelombang 3 yang lebih tinggi kini sudah membangun. Sekiranya perkiraan ini adalah benar, maka sokongan yang terletak pada tahap 133.48 harus melindungi aliran penurunan harga untuk kenaikkan harga yang kuat dan lebih tinggi sekurang-kurangnya ke tahap 141.00 dan mungkin juga lebih tinggi lagi.

Sebagaimana gelombang (ii) 3 kini telah melnajutkan aliran pembetulan mendatar, kita harus sedia maklum bahawa kebarangkalian untuk kesinambungan gelombang (iii) adalah sangat tinggi. Ini bermakna gelombang (iii) sekurang-kurangnya harus mencapai 161.8% kali panjang pada gelombang (i).

Untuk dagangan jangka pendek, secara idealnya kami akan dapat melihat sokongan terletak pada tahap 134.28, tetapi kita mesti menerima kemungkinan pembetulan aliran penurunan harga yang lebih dalam daripada tahap 135.71. Penembusan harga di bawah tahap 133.48 akan membatalkan perkiraan kenaikan harga.

Cadangan Perdagangan:

Kami telah membeli EUR daripada tahap 135.10 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 133.45 yang diramalkan akan melonjak naik dalam tempoh masa yang pendek. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 134.28 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 135.71 dengan menetapkan kedudukan Stop loss di tahap yang sama.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan