logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 31 Julai, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 31 Julai, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 31 Julai, 2015

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menaik. Indeks Dollar AS kini diniagakan pada tahap 97.372, sementara harga telah mencapai tahap tinggi mingguan pada 97.773 selepas kerajaan AS melaporkan bahawa KDNK tahunan meningkat 2.3% pada Suku ke-2 berbanding dengan bacaan semakan semula awal 0.6% pada Suku pertama. Pasangan mata wang USD/JPY mengukuh selepas meningkat ke tahap tinggi 7-minggu pada 124.58 semalam. Pasangan mata wang ini kekal berdagang di atas tahap sokongan utama 123.80, manakala petunjuk urusniaga harian (purata pergerakkan urusniaga harian 20- dan 50-dan urusniaga harian RSI) adalah bercampur-campur. Walaupun kesinambungan kenaikkan harga ini gagal, namun lanjutan pergerakkan harga harus dihadkan. Selagi tahap 123.80 mengukuh sebagai sokongan utama, maka kecenderungan arah aliran bagi pasangan mata wang ini masih berpihak kepada kenaikkan harga dengan sasaran menaik masing-masing terletak di tahap 124.60 dan 124.80. Walau bagaimanapun, penembusan harga di bawah sokongan utama akan mendorong harga untuk bergerak lebih rendah menuju ke arah tahap 123.50 dan 123.30 ( tahap rendah 29 Julai).

Komen Teknikal:

Carta harian kini dalam menaik sebagaimana MACD juga berada dalam mod kenaikkan harga.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 124.60 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 124.85. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 123.50. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 123.30. Titik pangsi terletak pada tahap 123.90.

Tahap Rintangan: 124.60 124.85 125.50

Tahap Sokongan: 123.50 123.30 122.85

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan