logo

FX.co ★ Analsisi Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 31 Julai, 2015

Analsisi Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 31 Julai, 2015

EUR/USD: Kelihatan sudah terdapat isyarat menjual bagi pasangan mata wang EUR/USD sekaligus menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini mempunyai potensi yang besar untuk terus berada dalam aliran yang lebih rendah dan lebih rendah lagi. Garis sokongan yang terletak pada tahap 1.0900 telah diuji; dan ia berkemungkinan akan diuji sekali lagi. Sebaik sahaja garis sokongan ini ditembusi untuk aliran penurunan harga, maka aliran melemah ini berkemungkinan akan mensasarkan pergerakkan ke arah garis sokongan pada tahap 1.0850.

Analsisi Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 31 Julai, 2015

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF kini sedang mengepung tahap rintangan pada tahap 0.9700. Tahap rintangan ini perlu ditembusi untuk membolehkan aliran menaik semasa meneruskan pergerakkan ke arah yang lebih tinggi. Sekiranya ini berlaku, maka sasaran seterusnya akan menjadi tahap rintangan pada 0.9750.

Analsisi Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 31 Julai, 2015

GBP/USD: Pasaran bagi pasangan mata wang ini adalah menaik buat masa sekarang - instrumen perdagangan mata wang ini sedang berusaha menaik. Ia telah menyebabkan volatiliti yang tinggi di pasaran. Terdapat wilayah pengedaran pada tahap 1.5650 dan 1.5700. Juga wilayah pengumpulan pada tahap 1.5550 dan 1.5500.

Analsisi Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 31 Julai, 2015

USD/JPY: Oleh kerana pasangan mata wang ini telah menembusi tahap harga yang lebih tinggi daripada zon keseimbangan baru-baru ini, maka harga dilihat telah bergerak ke arah yang lebih tinggi lagi. Pasangan mata wang USD/JPY ini telah menguji tahap bekalan yang terletak pada 124.50. Tahap bekalan ini kelihatan seolah-olah dinding untuk kenaikkan harga dan ia perlu ditembusi sebelum harga boleh melonjak lebih tinggi. Gambaran kami masih sah selagi harga tidak mencapai tahap permintaan 123.00 untuk ke tahap yang lebih rendah.

Analsisi Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 31 Julai, 2015

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini dilihat sedang cuba untuk membuat beberapa usaha penurunan harga (kerana tekanan jualan dinyatakan di pasaran). EMA 11 perlu bergerak di bawah EMA 56, walaupun tempoh RSI 14 kini sudah berada di bawah tahap 50. Ia boleh membawa kepada Corak Pengesahan Penurunan harga di pasaran, oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk lebih berhati-hati.

Analsisi Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 31 Julai, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan