logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 29 Julai - 2015

Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 29 Julai - 2015

Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 29 Julai - 2015

Rumusan Teknikal:

Kami masih mencari peluang untuk menembusi di atas tahap rintangan 137.80 yang mana ia akan mengesahkan kesinambungan harga ke tahap yang lebih tinggi 141.06 dan 144.03 sebagai sasaran kenaikkan harga seterusnya. Masih terdapat risiko penembusan harga di bawah sokongan kecil yang terletak pada tahap 135.49 dan yang lebih penting lagi adalah penembusan harga di bawah garis sokongan 134.83. Ia akan mempersoalkan prospek kenaikkan harga, walau bagaimanapun hanya penembusan harga di bawah tahap sokongan 134.28 akan membatalkan kesemua prospek kenaikan harga dan memanggil harga untuk bergerak lebih rendah ke arah tahap 126.05 dan lebih rendah.

Cadangan Perdagangan:

Kami telah membeli EUR daripada tahap 134.07 dengan menetapkan kedudukan Stop Loss lebih pada tahap 135.40. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli diatas tahap 137.80 dengan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 135.40.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan