logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 3 Julai, 2015

Analisis Teknikal Emas untuk 3 Julai, 2015

Harga emas telah menembusi di bawah sempadan segitiga yang lebih rendah dan telah memberikan isyarat menjual yang penting. Pada hari ini, kita dapat melihat ujian semula harga pada kawasan penembusan harga ini. Aliran dagangan masih menurun dan begitu juga dengan gambaran jangka panjang saya. Sokongan yang terletak pada tahap $ 1,130 adalah merupakan pertahanan terakhir untuk kenaikan harga. Sekiranya harga berjaya menembusi di bawah tahap harga tersebut, $ 1,000 akan menjadi sasaran yang seterusnya.

Analisis Teknikal Emas untuk 3 Julai, 2015

Garis biru - corak segi tiga

Harga emas kini sedang berdagang di bawah Ichimoku cloud. Emas sedang menembusi corak harga rendah yang lebih rendah dan corak harga tinggi yang lebih rendah. Lantunan semula harga ke arah $ 1,172-75 adalah sangat berkemungkinan. Ia adalah merupakan rintangan jangka pendek. Sokongan terletak pada tahap $ 1,157 dan kemudian pada tahap $ 1,130-40.

Analisis Teknikal Emas untuk 3 Julai, 2015

Garis Biru - garis aliran sokogngan jangka panjang

Carta mingguan kini begitu hampir garis aliran sokongan jangka panjang biru. Jika garis aliran sokongan ini berjaya ditembusi, maka harga diramalkan akan menolak ke arah tahap $ 1,000. Rintangan mingguan penting terletak pada tahap $ 1,200. Saya meramalkan bahawa aliran harga akan kekal menurun.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan