logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 02 Julai, 2015

Analisis Teknikal Emas untuk 02 Julai, 2015

Harga emas telah menembusi di bawah corak segi tiga. Ini bukan satu petanda yang baik untuk kenaikan harga. Ketidakupayaan untuk menghasilkan lantunan harga ke arah tahap $ 1,200 dan kegagalan untuk menembusi tahap sokongan jangka pendek adalah merupakan tanda-tanda untuk aliran penurunan harga. Walau bagaimanapun, sokongan yang paling penting dilihat terletak pada tahap $ 1,130-50. Kegagalan harga untuk menembusi pada tahap ini akan menolak emas untuk berdagang di bawah $ 1,000.

Analisis Teknikal Emas untuk 02 Julai, 2015

Garis biru - corak segi tiga

Harga emas mengukuh di bawah Ichimoku cloud dan menembusi sempadan segitiga yang lebih rendah. Pada masa yang sama, emas telah mencapai di bawah penembusan tahap rendah pada awal Jun. Sokongan utama yang seterusnya dilihat terletak pada tahap rendah $ 1,140 yang telah ditembusi pada Februari lalu. Manakala rintangan jangka pendek pula dilihat terletak pada tahap $ 1,170-75.

Analisis Teknikal Emas untuk 02 Julai, 2015

Garis biru - garis aliran sokongan jangka panjang

Carta mingguan kekal menurun apabila harga kini sedang berdagang di bawah Ichimoku cloud dan di bawah indikator tenkan- dan Kijun sen. Harga dilihat sedang menuju ke arah garis aliran utama jangka panjang biru. Penembusan harga di bawah garis aliran ini akan membuka jalan untuk harga bergerak menuju ke arah tahap $ 1,000 atau lebih rendah $ 900.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan