logo

FX.co ★ Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan perdagangan untuk GBP/USD bagi 26 Jun 2015

Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan perdagangan untuk GBP/USD bagi 26 Jun 2015

Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan perdagangan untuk GBP/USD bagi 26 Jun 2015

Gambaran:

Pada 2 Mac lalu, penembusan penurunan harga pada had rendah saluran harian yang sebelumnya telah mendorong harga untuk melanjutkan pergerakkan ke tahap yang lebih rendah lagi pada pasaran. Ketahanan harga di bawah zon harga diantara tahap 1.4950 dan 1.5000 akan menandakan penurunan harga yang selanjutnya ke arah 1.4700.

Tidak lama selepas itu,penurunan harga dilanjutkan ke arah tahap 1.4550 dimana tahap rendah dasar harian (yang memulakan ayunan berterusan menaik) telah ditembusi. Penutupan harian di atas tahap 1.5060 telah mendedahkan tahap rintangan selanjutnya pada 1.5400 dan 1.5450 dimana penarikan semula penurunan harga telah berlaku pada 29 April yang lalu.

Ayunan menaik seterusnya dilanjutkan sehingga ke tahap 1.5750-1.5800 yang menawarkan kemasukan jualan sah. Sasaran penurunan harga akhir yang terletak pada tahap 1.5450 kini sudah ditembusi.

Baru-baru ini, dasar harga yang lebih tinggi di sekitar tahap 1.5200 telah ditembusi. Ia telah mengenakan tekanan menaik yang kuat berbanding tahap rintangan sekitar 1.5800 melalui ayunan menaik harga yang berterusan.

Itulah sebabnya, tahap rintangan 1.5800 telah ditembusi oleh momentum kenaikkan harga semasa yang kuat. Oleh itu, aliran menaik pasangan GBP/USD telah dilanjutkan ke arah 100% Lanjutan Fibonacci di sekitar tahap 1.5900.

Pedagang berisiko boleh mengambil kemasukan pesanan menjual yang sah pada mana-mana tahap di sekitar 1.5900-1.5930. Ia kini sedang berjalan dengan keuntungan buat masa sekarang (hampir +150 pips).

Cadangan Perdagangan:

Pedagang konservatif boleh menunggu sehingga penarikan semula harga ke arah tahap 1.5780 berlaku untuk kemasukan pesanan jualan berisiko rendah. T/P awal terletak pada tahap 1.5780, 1.5700 dan 1.5600 manakala S/L harus ditetapkan di atas 1.5900.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan