logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 26 Jun, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 26 Jun, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 26 Jun, 2015

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat dagangan. Pasangan mata wang ini telah disokong oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi (10 tahun meningkat 4.1 mata asas kepada 2.412% pada Khamis) selepas ia mencatatkan bacaan yanglebih besar berbanding ramalan yang mengunjurkan peningkatan 0.9% dalam perbelanjaan peribadi AS Mei (peningkatan terbesar sejak Ogos 2009 berbanding ramalan untuk 0.7%), sedikit lebih rendah berbanding ramalan iaitu 271,000 dalam laporan tuntutan pengangguran AS pada minggu yang berakhir 20 Jun (berbanding ramalan yang mengunjurkan 273,000), dan indeks aktiviti pengilangan Kansas City Fed Jun yang lebih kukuh daripada jangkaan -9 (berbanding ramalan -10). USD/JPY juga disokong oleh permintaan daripada pengimport Jepun dan dasar kewangan Bank Jepun yang ultra-longgar. Walau bagaimanapun, sentimen USD terjejas berikutan bacaan PMI Perkhidmatan flash Markit AS Jun yang lebih rendah 54.8 daripada jangkaan (berbanding ramalan 56.7). Keuntungan bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga diganggu oleh pengeksport Jepun, aliran "safe haven" yen di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko (tolok ketakutan VIX meningkat 5.66% kepada 14.01, S&P 500 ditutup 0.3% lebih rendah pada 2,102.31 semalam) ekoran ketidaktentuan yang berterusan mengenai isu Greek(rundingan antara Athens dan menteri-menteri kewangan zon euro pada Khamis telah berakhir tanpa sebarang perjanjian sekali lagi, dan dijadualkan dibuka semula pada hari Sabtu), dan pelarasan kedudukan menjelang hujung minggu.

Komen Teknikal:

Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana Stokastik kini meningkat daripada tahap terlebih jual, bagaimanapun MACD adalah aliran menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 122.95. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 122.55. Titik pangsi kekal berada pada tahap 123.75. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 124 dan sasaran kedua pada tahap 124.60.

Tahap Rintangan: 124 124.30 124.60

Tahap Sokongan: 122.95 122.55 122

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan