logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 22 Mei, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 22 Mei, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 22 Mei, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang lebih lemah, selera risiko pelabur yang semakin bertambah baik, permintaan bagi mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melemah, dan perbezaan kepentingan NZD-USD. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang NZD/USD kini sedang diganggu oleh ramalan bahawa RBNZ akan menurunkan kadar faedah pada bulan-bulan yang akan datang, harga susu yang melemah, dan pelarasan kedudukan menjelang hujung minggu yang panjang di Amerika Syarikat

Komen Teknikal:
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran penurunan harga, purata pergerakan 5 dan 15-hari kian menurun, bagaimanapun Stokastik kini dilihat sedang beralih kepada aliran menaik pada tahap terlebih jual.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7410 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7450. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.7280 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.7230. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7325.

Tahap Rintangan:
0.7410
0.7450
0.75

Tahap Sokongan:
0.7280
0.7230
0.72

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan