logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 27 April, 2015

Analisis Teknikal Emas untuk 27 April, 2015

Analisis Teknikal Emas untuk 27 April, 2015

Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:

Emas jatuh lebih rendah ke tahap $ 1,175.00 pada Jumaat lalu sebelum harga ditarik semula lebih tinggi. Ia kini dilihat sedang berdagang di sekitar tahap $ 1,182.00/83.00. Pandangan carta setiap jam telah digambarkan di sini, menunjukkan bahawa sokongan interim terletak pada tahap $ 1,175.00 dan lebih rendah, sementara rintangan pula didapati terletak pada tahap $ 1,198.00 diikuti dengan $ 1,204.00/08.00 dan seterusnya lebih tinggi, masing-masing. Sekiranya emas menjunam di bawah tahap $ 1,175.00, ia perlu menguji tahap $ 1,171.00/73,00 sekurang-kurangnya, di mana Fibonacci 0.618 menyokong perhimpunan harga tersebut diantara $ 1,140.00 dan $ 1,224.00. Penurunan di bawah tahap $ 1,170.00 berpotensi untuk membuktikan penurunan harga melampau.

Cadangan Perdagangan:

Kekal membeli, dengan menetapkan stop loss pada tahap harga $1,170.00, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!


*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan