logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 24 April, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 24 April, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 24 April, 2015

Huraian Fundamental :

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang melemah (Spot ICE indkes dolar terdahulu mencatatkan 97.31 berbanding 98.04 awal Khamis) berikutan kejatuhan yang lebih besar daripada yang dijangkakan dalam laporan jualan rumah baru Amerika Syarikat (berbanding ramalan -3.5%) sebanyak 11.4% pada bulan Mac, bacaan yang melebihi ramalan di dalam laporan tuntutan pengangguran AS yang berakhir pada 1 April telah mencatatkan sebanyak 295,000 (berbanding ramalan 290,000), bacaan yang lebih lemah daripada jangkaan dalam PMI Pembuatan Markit AS bagi bulan April yang merekodkan 54.2 (berbanding ramalan 55.7). Pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah dipengaruhi oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah (10-tahun jatuh 1.5 bps semalam kepada 1.957%) dan jualan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY ini sedang diganggu oleh permintaan daripada pengimport Jepun, dasar monetari Bank Jepun yang ultra-longgar, dan dana pembiayaan perdagangan yen di tengah-tengah selera risiko pelabur yang positif (tolok ketakutan VIX susut 1.81% kepada 12.48). Sebagaimana saham-saham AS meningkat semalam (S&P 500 mencapai rekod tahap tinggi 120.49 pada hari khamis sebelum ditutup naik 0.24% pada 2,112.93) ekoran harga minyak melonjak ke tahap tertinggi tahun ini (Nymex crude ditutup naik $ 1.58 pada $ 57.74/bbl Khamis) dan pelarasan kedudukan menjelang hujung minggu.

Komen Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana Stokastik berada di dalam mod menaik, bagaimanapun MACD masih aliran menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 119.10. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 118.75. Titik pangsi kekal berada pada tahap 119.75. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 120.10 dan sasaran kedua pada tahap 120.45.

Tahap Rintangan:
120.10
120.45
120.85

Tahap Sokongan:
119.10
118.75
117.35

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan