logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 17 April, 2015

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 17 April, 2015

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 17 April, 2015

Huraian:

  • Pergerakan arah aliran harga adalah kontroversi kerana ia berlaku dalam saluran aliran menaik yang sempit. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, harga bagi pasangan mata wang GBP/USD ini kelihatan masih berdagang di antara tahap 1.4985 dan 1.4811. Oleh yang demikian, ia adalah disyorkan kepada para pedagang agar lebih berhati-hati ketika membuat tawaran dalam bidang ini sebagaimana pasaran telah menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan sekitar tahap 1.4985 (tahap utama pada 17 April, 2015). Oleh itu, ia adalah perlu untuk menunggu sehingga saluran mendatar ditembusi. Kemudian, pasaran mungkin akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik di atas tahap 1.4985 (kami menjangkakan penembusan harga di atas tahap harga yang kukuh ini). Dalam erti kata lain, tawaran membeli disyorkan diambil di atas tahap 1.4985 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 1.5023. Dari sudut ini, pasangan ini berkemungkinan akan memulakan gerakan menaik ke titik di tahap 1.058 dan seterusnya ke tahap 1.5126 (ia akan bertindak sebagai rintangan yang kuat untuk minggu ini sebagaimana tahap 1.5126 ini mewakili rintangan mingguan 2). Walau bagaimanapun, jika pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi pada tahap 1.4990, pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan yang kukuh pada tahap 1.4990 (ia menandakan penembusan harga palsu). Dalam hal ini, tawaran menjual disyorkan lebih rendah daripada tahap 1.4985 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 1.4910. Terdapat kemungkinan bahawa pasangan mata wang ini akan bertukar ke arah bawah yang melanjutkan pembangunan aliran menurun ke tahap 1.4847 dan kemudianya ke tahap 1.4805.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan