logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 16 April, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 16 April, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 16 April, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi disokong oleh sentimen risiko yang positif, pasangan mata wang GBP/USD yang lebih kukuh, permintaan daripada pengimport Jepun, dan permintaan bagi mata wang GBP sewaktu pasangan EUR/GBP melemah di tengah-tengah sentimen risiko yang positif. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang GBP/JPY telah terjejas akibat daripada penjualan pengeksport Jepun.

Komen Teknikal:

Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, purata pergerakkan 5 hari dan 15 kian menurun, bagaimanapun stokastik telah beralih kepada aliran menaik pada tahap terlebih jual. Corak dagangan 'inside-day-range' telah selesai pada hari Rabu.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 178 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 178.40. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 176.05. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 175.50. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 176.50.

Tahap Rintangan:
178
178.40
178.95
Tahap Sokongan:
176.05
175.50
175

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan