logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 31 Mac, 2015

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 31 Mac, 2015

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD telah membatalkan hampir semua keuntungan yang telah diperoleh pada minggu lepas. Penurunan harga jangka masa terdekat semasa dalam pasaran telah meletakkan kecenderungan aliran menaik masih bahaya. Terdapat kemungkinan yang baik bahawa keadaan akan menjadi benar-benar lemah jika harga menjunam di bawah garisan sokongan pada tahap 1.0750 dan 1.0700.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 31 Mac, 2015

USD/CHF: Instrumen perdagangan mata wang ini terus membuat usaha kenaikkan harga dengan beberapa keputusan yang boleh dilihat. Pergerakan di atas tahap rintangan 0.9800 dan 0.9850 akan menandakan pengakhiran kecenderungan penurunan harga semasa dan permulaan kecenderungan aliran menaik yang baik.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 31 Mac, 2015

GBP/USD: Pasangan mata wang ini hanya berdagang dalam aliran mendatar sepanjang minggu lalu, bagaimanapun harga mula mengukuh untuk cubaan wilayah pengumpulan pada tahap 1.4800. Pada masa ini, perdagangan membeli tidak kelihatan seperti perkara yang terbaik untuk pasaran ini, melainkan jika harga mencapai wilayah pengedaran di sekitar tahap 1.5050, yang mana ia begitu jauh buat masa sekarang.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 31 Mac, 2015

USD/JPY: Usaha kenaikkan harga membuahkan hasil. Harga telah berdagang di atas tahap permintaan 120.00. Kini, terdapat Corak Pengesahan aliran menaik dalam pasaran. Sasaran seterusnya untuk aliran menaik yang terletak pada tahap bekalan 120.50 dan 121.00. Berikut adalah sasaran untuk minggu ini, sebagaimana ramalan kenaikkan harga yang begitu kuat.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 31 Mac, 2015

EUR/JPY: Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar tidak berdagang pada pasangan mata wang sehingga terdapat aliran harga yang jelas. Keadaan semasa dalam pasaran adalah tidak menentu dan perlu menunggu melihat di mana momentum yang akan datang mengambil tempat. Walau bagaimanapun, pergerakan menaik adalah sangat berkemungkinan.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 31 Mac, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan