logo

FX.co ★ Analisis Teknikal #USDX untuk 30 Mac, 2015

Analisis Teknikal #USDX untuk 30 Mac, 2015

Dolar indeks telah membuat perubahan arah menaik daripada Penarikan semula harga 61.8%. Kawasan sokongan ini adalah merupakan peluang terakhir untuk kenaikan harga Dollar membalikkan pasaran ke arah menaik. Rintangan kuat yang terletak pada tahap 98.20 perlu ditembusi untuk mengesahkan aliran pembalikan harga. Penolakan harga pada tahap ini berkemungkinan akan membayangkan satu lagi ujian harga yang rendah pada tahap 96.

Analisis Teknikal #USDX untuk 30 Mac, 2015

Kawasan ungu = sokongan

Aliran harga bagi Indeks Dollar telah dibalikkan dari bahagian sokongan ungu dan penarikan semula 61.8% seperti yang diharapkan. Saya yakin selagi harga berdagang di bahagian atas sokongan ini. Rintangan didapati berada pada tahap 98.20 oleh awan Ichimoku itu. Indeks dolar perlu untuk menembusi di atas tahap ini untuk mengesahkan perubahan arah aliran menaik dagangan jangka sederhana.

Analisis Teknikal #USDX untuk 30 Mac, 2015

Carta mingguan kelihatan menutup di atas Tenkan-sen. Ini adalah isyarat bahawa kenaikkan harga telah mengukuh dan sokongan mempunyai kekuatan yang cukup untuk membalikkan dan menyambung semula arah aliran menaik. Penarikan semula harga daripada tahap 100-96 adalah merupakan penarikan semula harga jangka pendek yang baik. Oleh yang demikian, aliran menaik boleh memberikan momentum semula dan meneruskan aliran kenaikkan harga sebagaimana harga terus berada di bawah kawalan. Selagi carta mingguan menutup di atas Tenkan-sen pada tahap 96.80, saya kekal pada prospek kenaikkan harga.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan